Angkasa Lepas Sebagai Dimensi Baharu Ancaman Keselamatan Nasional Malaysia
Jurnal Wacana Sarjana · 12.11.2026 · 10 (3) · 1-23
DOI: 10.17576/jws.v10i3.763 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, online erschienen am 12.11.2026. Verfasst von Muhammad Aiman Roszaimi und 2 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
ABSTRAK Kemunculan teknologi angkasa lepas sebagai instrumen strategik dalam era geopolitik moden telah membuka satu dimensi baharu dalam perbincangan mengenai keselamatan nasional. Angkasa lepas kini tidak lagi terbatas kepada misi eksplorasi saintifik semata-mata, sebaliknya telah berkembang menjadi medan persaingan strategik antara negara-negara kuasa besar untuk menguasai keupayaan ketenteraan dari orbit. Bagi Malaysia, kebergantungan yang semakin meningkat terhadap satelit bagi komunikasi, navigasi, pemantauan bencana dan keselamatan sempadan menimbulkan kerentanan baharu yang belum ditangani secara menyeluruh dalam dasar-dasar yang membentuk keselamatan negara. Artikel ini meneliti definisi konseptual keselamatan angkasa yang bukan sahaja menekankan aspek perlindungan aset angkasa lepas tetapi juga kaitannya dengan keselamatan manusia. Kajian ini turut menghuraikan pengklasifikasian bentuk ancaman angkasa yang terbahagi kepada dua kategori utama iaitu ancaman tradisional dan bukan tradisional. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan pengumpulan data primer melalui analisis dokumen rasmi negara seperti Dasar Pertahanan Negara (DPN), Kertas Putih Pertahanan (KPP), Dasar Angkasa Negara (DAN) serta temubual elit. Data sekunder turut diperoleh daripada buku akademik, artikel jurnal dan laporan berita. Melalui pendekatan ini, dapatan awal kajian menunjukkan bahawa angkasa lepas berpotensi menjadi sumber ancaman kepada negara dan wajar diiktiraf sebagai salah satu persekitaran strategik yang perlu dilindungi serta diurus secara holistik. Kajian ini menekankan keperluan kepada hala tuju dasar yang lebih jelas, perdebatan akademik yang lebih mendalam serta pengintegrasian komprehensif aspek keselamatan angkasa ke dalam kerangka keselamatan nasional Malaysia. Kata kunci: Angkasa Lepas, Strategik, Geopolitik, Kuasa Besar, Keselamatan Nasional ABSTRACT The emergence of space technology as a strategic instrument in the modern geopolitical era has opened a new dimension in discussions on national security. Outer space is no longer confined solely to scientific exploration missions, instead it has evolved into a strategic arena of competition among major powers seeking to dominate military capabilities from orbit. For Malaysia, the growing reliance on satellites for communication, navigation, disaster monitoring and border security introduces new vulnerabilities that have yet to be comprehensively addressed within the country’s national security policy framework. This article examines the conceptual definition of space security, which not only emphasizes the protection of space assets but also its relevance to human security. It further elaborates on the classification of space threats into two main categories, traditional and non-traditional. The study employs a qualitative approach, drawing on primary data through the analysis of official national documents such as the National Defence Policy (DPN), Defence White Paper (KPP), National Space Policy (DAN) as well as elite interviews. Secondary data is also derived from academic books, journal articles and news reports. Through this approach, the preliminary findings indicate that outer space has the potential to become a source of threats to the nation and should be recognized as one of the strategic environments that must be safeguarded while managed holistically. The study underscores the need for clearer policy direction, deeper academic debate and comprehensive integration of space security into Malaysia’s national security framework. Keywords: Outer Space, Strategic, Geopolitics, Great Power, National Security
Zitieren
APA
Roszaimi, M. A., Abadi, A. M., & Khairi, A. (2026). Angkasa Lepas Sebagai Dimensi Baharu Ancaman Keselamatan Nasional Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 10(3), 1-23. https://doi.org/10.17576/jws.v10i3.763
Vancouver
Roszaimi MA, Abadi AM, Khairi A. Angkasa Lepas Sebagai Dimensi Baharu Ancaman Keselamatan Nasional Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana. 2026;10(3):1-23. doi:10.17576/jws.v10i3.763
BibTeX
@article{Roszaimi2026,
author = {Roszaimi, Muhammad Aiman and Abadi, Abdul Muein and Khairi, Aizat},
title = {Angkasa Lepas Sebagai Dimensi Baharu Ancaman Keselamatan Nasional Malaysia},
journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
year = {2026},
volume = {10},
number = {3},
pages = {1--23},
doi = {10.17576/jws.v10i3.763}
}
EUVIMED