EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Strategi Metakognitif untuk Mitigasi Halusinasi Logik Kecerdasan Buatan Generatif dalam Pendidikan Sekolah Menengah

Nur Ashiela Abdul Manaf, Mohd Effendi Ewan Mohd Matore

Jurnal Wacana Sarjana · 16.11.2026 · 10 (3) · 184-191

DOI: 10.17576/jws.v10i3.762 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, online erschienen am 16.11.2026. Verfasst von Nur Ashiela Abdul Manaf und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

ABSTRAK Penggunaan Kecerdasan Buatan Generatif (GenAI) dalam pendidikan sekolah menengah di Malaysia semakin meluas, khususnya dalam menyokong pembelajaran dan pentaksiran akademik. Walau bagaimanapun, perkembangan ini turut membawa risiko kognitif tersembunyi yang dikenali sebagai halusinasi logik. Fenomena ini merujuk kepada situasi di mana Model Bahasa Skala Besar (LLM) menjana langkah penaakulan yang salah atau tidak koheren walaupun jawapan tersebut kelihatan meyakinkan dari segi fakta. Risiko ini berpotensi memesongkan pemahaman konsep murid, terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kertas konseptual ini bertujuan menangani jurang literasi AI sedia ada melalui dua objektif utama, iaitu: (1) menganalisis limitasi keupayaan penaakulan algoritma LLM berdasarkan sorotan literatur terkini, dan (2) mencadangkan satu intervensi pedagogi berasaskan metakognisi yang dinamakan Teknik Semakan Logik Berstruktur. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan Analisis Logik dan Sintesis Teoretikal dengan mengintegrasikan aras kelima Taksonomi Bloom (penilaian) serta Teori Bias Automasi bagi membentuk satu kerangka mitigasi yang praktikal. Analisis konseptual mendapati bahawa kerentanan murid terhadap ralat AI bukan berpunca daripada kekurangan kemahiran teknikal, sebaliknya disebabkan ketiadaan rutin metakognitif yang sistematik untuk mengesahkan maklumat. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan satu protokol semakan kendiri tiga langkah yang merangkumi Semakan Kesinambungan, Semakan Percanggahan dan Semakan Konteks sebagai rutin pemikiran kritis di dalam bilik darjah. Secara keseluruhan, intervensi kognitif ini menawarkan satu solusi yang mampan dan kos efektif untuk mengubah peranan murid daripada pengguna pasif kepada penilai aktif terhadap output AI, selaras dengan hasrat Dasar Pendidikan Digital negara. Kata kunci: Kecerdasan Buatan Generatif; Halusinasi Logik; Metakognisi; Literasi AI; Pendidikan Sekolah Menengah ABSTRACT The rapid adoption of Generative Artificial Intelligence (GenAI) in Malaysian secondary school education has introduced new possibilities for learning and assessment practices. However, this development also presents a hidden cognitive risk known as logical hallucination. Logical hallucination occurs when Large Language Models (LLMs) generate reasoning steps that are incorrect or incoherent, despite appearing factually plausible. This phenomenon poses a significant threat to students’ conceptual understanding, particularly in Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) education. This conceptual paper addresses an existing gap in AI literacy by pursuing two main objectives: (1) to critically examine the limitations of algorithmic reasoning capacity in LLMs based on recent literature, and (2) to propose a metacognitively driven pedagogical intervention termed the Structured Logic Checking Technique. Methodologically, the study employs Logical Analysis and Theoretical Synthesis by integrating the fifth level of Bloom’s Taxonomy (evaluation) with Automation Bias Theory to construct a practical mitigation framework. The analysis reveals that students’ vulnerability to AI-generated errors is not primarily due to a lack of technical skills, but rather the absence of systematic metacognitive routines for verifying information. In response, the study proposes a three-step self-checking protocol comprising Consistency Check, Contradiction Check, and Contextual Relevance Check to be embedded as a critical thinking routine in classroom practice. Overall, this cognitive intervention offers a sustainable and cost-effective approach to transform students from passive users into active evaluators of AI output, in alignment with the first thrust of Malaysia’s Digital Education Policy aimed at cultivating ethically responsible and digitally competent learners. Keywords: Generative Artificial Intelligence; Logical Hallucination; Metacognition; AI Literacy; Secondary Education

Zitieren

APA

Manaf, N. A. A., & Matore, M. E. E. M. (2026). Strategi Metakognitif untuk Mitigasi Halusinasi Logik Kecerdasan Buatan Generatif dalam Pendidikan Sekolah Menengah. Jurnal Wacana Sarjana, 10(3), 184-191. https://doi.org/10.17576/jws.v10i3.762

Vancouver

Manaf NAA, Matore MEEM. Strategi Metakognitif untuk Mitigasi Halusinasi Logik Kecerdasan Buatan Generatif dalam Pendidikan Sekolah Menengah. Jurnal Wacana Sarjana. 2026;10(3):184-191. doi:10.17576/jws.v10i3.762

BibTeX
@article{Manaf2026,
  author = {Manaf, Nur Ashiela Abdul and Matore, Mohd Effendi Ewan Mohd},
  title = {Strategi Metakognitif untuk Mitigasi Halusinasi Logik Kecerdasan Buatan Generatif dalam Pendidikan Sekolah Menengah},
  journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
  year = {2026},
  volume = {10},
  number = {3},
  pages = {184--191},
  doi = {10.17576/jws.v10i3.762}
}
Kostenlos starten →