EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Sokongan Sosial dan Daya Tahan Ibu Tunggal dalam Menghadapi Cabaran Kehidupan Keluarga: Kajian Kes Di PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur

Nor Atyna Mohd Noor, Noviatin Syarifuddin, Siti Nur Adibah Zulkafli, Nuraini Abu Hanifah

Jurnal Wacana Sarjana · 2026

DOI: 10.17576/jws.v10i2.734 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, 2026. Verfasst von Nor Atyna Mohd Noor und 3 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

ABSTRAK Kajian ini bertujuan meneroka secara sosiologikal bentuk sokongan sosial, cabaran kehidupan keluarga dan strategi daya tahan dalam kalangan ibu tunggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur melibatkan enam orang ibu tunggal dan data dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa informan menerima sokongan emosi, kewangan, instrumental dan maklumat daripada keluarga, rakan, jiran, komuniti serta institusi formal. Namun, mereka berhadapan dengan tekanan kewangan, peningkatan kos sara hidup, tanggungjawab membesarkan anak secara bersendirian, konflik peranan, beban kerja dan kebimbangan terhadap masa depan keluarga. Bagi menghadapi cabaran tersebut, ibu tunggal membentuk strategi daya tahan melalui pemikiran positif, pengawalan emosi, amalan keagamaan, pengurusan kewangan dan pembinaan jaringan sosial. Dari perspektif sosiologikal, dapatan menunjukkan bahawa daya tahan ibu tunggal tidak terbentuk secara individu semata-mata, sebaliknya diperkukuh melalui hubungan sosial, jaringan komuniti dan fungsi institusi sosial. Dapatan ini menyokong Teori Fungsionalisme dalam menjelaskan peranan institusi sosial dalam mengekalkan fungsi dan kestabilan keluarga. Kajian ini menyumbang kepada bidang sosiologi keluarga serta memberikan implikasi terhadap pembangunan intervensi sosial yang lebih responsif terhadap keperluan ibu tunggal. Kata kunci: Sosiologi Keluarga, Sokongan Sosial, Daya Tahan, Teori Fungsionalisme, Program Perumahan Rakyat (PPR)

Zitieren

APA

Noor, N. A. M., Syarifuddin, N., Zulkafli, S. N. A., & Hanifah, N. A. (2026). Sokongan Sosial dan Daya Tahan Ibu Tunggal dalam Menghadapi Cabaran Kehidupan Keluarga: Kajian Kes Di PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur. Jurnal Wacana Sarjana. https://doi.org/10.17576/jws.v10i2.734

Vancouver

Noor NAM, Syarifuddin N, Zulkafli SNA, Hanifah NA. Sokongan Sosial dan Daya Tahan Ibu Tunggal dalam Menghadapi Cabaran Kehidupan Keluarga: Kajian Kes Di PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur. Jurnal Wacana Sarjana. 2026. doi:10.17576/jws.v10i2.734

BibTeX
@article{Noor2026,
  author = {Noor, Nor Atyna Mohd and Syarifuddin, Noviatin and Zulkafli, Siti Nur Adibah and Hanifah, Nuraini Abu},
  title = {Sokongan Sosial dan Daya Tahan Ibu Tunggal dalam Menghadapi Cabaran Kehidupan Keluarga: Kajian Kes Di PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur},
  journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
  year = {2026},
  doi = {10.17576/jws.v10i2.734}
}
Kostenlos starten →