EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Penilaian Keberkesanan Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan Terhadap Kemahiran TVET Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

Amiera Saryati Sadun, Saliza Abdul Razak

Jurnal Wacana Sarjana · 2026

DOI: 10.17576/jws.v10i2.732 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, 2026. Verfasst von Amiera Saryati Sadun und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) dalam membangunkan kemahiran TVET pelajar. Kajian ini melibatkan 57 pelajar Program SPB di Kolej Komuniti Temerloh sebagai responden. Tumpuan kajian merangkumi tiga aspek utama, iaitu penguasaan kemahiran teknikal, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), serta kesesuaian fasiliti yang digunakan sepanjang latihan amali. Kajian turut menilai sejauh mana kurikulum program memenuhi keperluan latihan berasaskan kemahiran serta kemampuan pelajar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam konteks kerja sebenar. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkaitan minat, motivasi, pengalaman pembelajaran, latihan industri dan keyakinan terhadap peluang kerjaya selepas tamat pengajian. Dapatan menunjukkan majoriti pelajar mempunyai persepsi positif terhadap kandungan kursus, kaedah PdP dan pengalaman amali yang dijalankan. Kemudahan bengkel, makmal dan peralatan latihan turut dinilai sebagai mencukupi serta berfungsi baik dalam menyokong pembelajaran praktikal. Secara keseluruhan, kajian mendapati Program SPB berkesan dalam membentuk kemahiran TVET yang relevan serta meningkatkan kesiapsiagaan pelajar untuk memasuki industri penyelenggaraan bangunan. Hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan untuk penambahbaikan kurikulum dan pengukuhan kualiti pelaksanaan PdP pada masa hadapan. Kata kunci: Penyelenggaraan Bangunan; TVET; Kemahiran Teknikal; PdP; Keberkesanan Program; Latihan Industri; Fasiliti Pembelajaran. ABSTRACT This study was conducted to evaluate the effectiveness of the Building Maintenance Certificate Program (SPB) in developing students’ TVET skills. A total of 57 SPB students from Kolej Komuniti Temerloh participated as respondents. The study focused on three main aspects: the mastery of technical skills, the effectiveness of the teaching and learning (T&L) process, and the suitability of facilities used throughout practical training. The study also examined the extent to which the program’s curriculum meets the requirements of skills-based training and the students’ ability to apply the acquired knowledge in real work settings. A questionnaire was used to collect data related to students’ interest, motivation, learning experiences, industrial training, and confidence in employment opportunities after graduation. Findings revealed that most students held positive perceptions toward the course content, teaching methods, and practical experiences provided. Workshop facilities, laboratories, and training equipment were also rated as adequate and functioning well to support effective practical learning. Overall, the study found that the SPB program is effective in developing relevant TVET skills and enhancing students’ readiness to enter the building maintenance industry. The results of this study may serve as a reference for curriculum improvement and strengthening the quality of T&L implementation in the future. Keywords: Building Maintenance; TVET; Technical Skills; T&L; Program Effectiveness; Industrial Training; Learning Facilities

Zitieren

APA

Sadun, A. S., & Razak, S. A. (2026). Penilaian Keberkesanan Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan Terhadap Kemahiran TVET Pelajar Kolej Komuniti Temerloh. Jurnal Wacana Sarjana. https://doi.org/10.17576/jws.v10i2.732

Vancouver

Sadun AS, Razak SA. Penilaian Keberkesanan Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan Terhadap Kemahiran TVET Pelajar Kolej Komuniti Temerloh. Jurnal Wacana Sarjana. 2026. doi:10.17576/jws.v10i2.732

BibTeX
@article{Sadun2026,
  author = {Sadun, Amiera Saryati and Razak, Saliza Abdul},
  title = {Penilaian Keberkesanan Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan Terhadap Kemahiran TVET Pelajar Kolej Komuniti Temerloh},
  journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
  year = {2026},
  doi = {10.17576/jws.v10i2.732}
}
Kostenlos starten →