Analisis Sosiologikal Cabaran Sosiobudaya dalam Modenisasi Teknologi Pertanian Kelapa Sawit: Kajian Kes Komuniti Pekebun Kecil di Bukit Changgang, Selangor
Jurnal Wacana Sarjana · 2026
DOI: 10.17576/jws.v10i2.729 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, 2026. Verfasst von Nur Balqis Amirruddin und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
ABSTRAK Industri kelapa sawit Malaysia kini berada dalam fasa transformasi pesat selari dengan arus pemodenan teknologi pertanian. Namun demikian, perubahan ini turut membawa pelbagai cabaran sosiobudaya, khususnya dalam kalangan komuniti pekebun kecil kelapa sawit. Kajian ini bertujuan meneroka cabaran sosiobudaya yang dihadapi oleh komuniti pekebun kecil sawit di Bukit Changgang, Selangor, dalam amalan modenisasi teknologi pertanian kelapa sawit dengan memberi tumpuan kepada aspek amalan pertanian, nilai kerja dan gaya hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes. Teori modenisasi oleh Talcott Parsons (1964) digunakan sebagai landasan untuk memahami realiti sosial komuniti. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur melibatkan tujuh orang informan yang terdiri daripada pekebun kecil kelapa sawit, wakil agensi pertanian kelapa sawit dan anggota komuniti setempat yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Analisis data dilakukan secara tematik bagi mengenal pasti pola serta isu utama yang mencerminkan pengalaman dan persepsi informan terhadap cabaran sosiobudaya dalam modenisasi teknologi pertanian kelapa sawit. Dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran sosiobudaya utama merangkumi kebergantungan berterusan terhadap amalan pertanian tradisional dan sikap berhati-hati terhadap perubahan. Selain itu, pengaruh nilai dan norma komuniti yang menekankan kesinambungan amalan pertanian warisan turut membentuk tahap penerimaan teknologi. Implikasi kajian menegaskan keperluan pendekatan yang lebih inklusif terhadap pelaksanaan dasar pemodenan pertanian. Sokongan institusi melalui latihan berterusan, insentif kewangan serta strategi komunikasi yang efektif adalah penting bagi meningkatkan penerimaan teknologi dalam komuniti pekebun kecil kelapa sawit. Kajian mencadangkan agar pemodenan teknologi pertanian dilihat sebagai satu proses perubahan sosial yang memerlukan keseimbangan antara inovasi dan pemeliharaan identiti komuniti pekebun kecil kelapa sawit. Kata kunci: Sosiologi Desa, Sosiobudaya, Teori Modenisasi Teknologi Pertanian, Kajian Kes, Pekebun Kecil Sawit ABSTRACT Malaysia's oil palm industry is currently undergoing rapid transformation in line with the advancement of agricultural technology modernization. However, this transformation has also introduced various socio-cultural challenges, particularly among oil palm smallholder communities. This study aims to explore the socio-cultural challenges experienced by oil palm smallholders in Bukit Changgang, Selangor, in adapting to agricultural technology modernization, with particular emphasis on farming practices, work values, and lifestyle changes. A qualitative approach employing a case study design was adopted. Parsons' Modernization Theory (1964) served as the theoretical framework to examine the social realities experienced by the community. Data were collected through semi-structured interviews involving seven purposively selected informants comprising oil palm smallholders, representatives from oil palm-related agricultural agencies, and local community members. The data were analysed using thematic analysis to identify key patterns and issues reflecting the participants' experiences and perceptions of the socio-cultural challenges associated with agricultural technology modernization. The findings reveal that the principal socio-cultural challenges include the continued reliance on traditional farming practices and a cautious attitude towards technological change. In addition, community values and social norms that emphasize the preservation of inherited agricultural practices significantly influence the acceptance of modern technology. The study highlights the need for a more inclusive approach to agricultural modernization policies. Institutional support through continuous training, financial incentives, and effective communication strategies is essential to enhance technology adoption among oil palm smallholders. The study concludes that agricultural technology modernization should be understood as a process of social transformation that requires a balance between technological innovation and the preservation of the cultural identity of oil palm smallholder communities. Keywords: Rural Sociology, Socio-Cultural Challenges, Agricultural Technology Modernization Theory, Case Study, Oil Palm Smallholders
Zitieren
APA
Amirruddin, N. B., & Syarifuddin, N. (2026). Analisis Sosiologikal Cabaran Sosiobudaya dalam Modenisasi Teknologi Pertanian Kelapa Sawit: Kajian Kes Komuniti Pekebun Kecil di Bukit Changgang, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana. https://doi.org/10.17576/jws.v10i2.729
Vancouver
Amirruddin NB, Syarifuddin N. Analisis Sosiologikal Cabaran Sosiobudaya dalam Modenisasi Teknologi Pertanian Kelapa Sawit: Kajian Kes Komuniti Pekebun Kecil di Bukit Changgang, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana. 2026. doi:10.17576/jws.v10i2.729
BibTeX
@article{Amirruddin2026,
author = {Amirruddin, Nur Balqis and Syarifuddin, Noviatin},
title = {Analisis Sosiologikal Cabaran Sosiobudaya dalam Modenisasi Teknologi Pertanian Kelapa Sawit: Kajian Kes Komuniti Pekebun Kecil di Bukit Changgang, Selangor},
journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
year = {2026},
doi = {10.17576/jws.v10i2.729}
}
EUVIMED