Penguatkuasaan Isu 3R di Malaysia Pasca Pembentukan Kerajaan Perpaduan: Analisis Peranan PDRM dan SKMM dalam Mengimbangi Hak Bersuara dan Keharmonian Sosial
Jurnal Wacana Sarjana · 2026
DOI: 10.17576/jws.v10i2.728 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, 2026. Verfasst von Muhammad Asyraf Wajdi Zakaria und 2 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
ABSTRAK Isu sensitif berkaitan bangsa, agama dan institusi raja (3R) terus menimbulkan dilema antara perlindungan kebebasan bersuara dengan keperluan memelihara keharmonian sosial di Malaysia. Meskipun kerangka perundangan berkaitan isu 3R telah banyak dibahaskan, penelitian terhadap peranan khusus institusi penguatkuasaan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengimbangi kedua-dua tuntutan ini masih kurang diberikan perhatian. Justeru, kajian ini bertujuan menghuraikan mekanisme penguatkuasaan isu 3R oleh PDRM dan SKMM pasca pembentukan Kerajaan Perpaduan serta meneliti ketegangan antara hak bersuara dengan keharmonian sosial dalam pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap dokumen rasmi, peruntukan undang-undang, kenyataan institusi, laporan media dan kes-kes penguatkuasaan terpilih dalam ruang fizikal dan digital. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguatkuasaan isu 3R digerakkan melalui gabungan pendekatan pencegahan dan penyelarasan tadbir urus termasuklah kerjasama antara agensi dengan platform digital, pemantauan berterusan, penurunan kandungan serta tindakan undang-undang. Selain itu, dapatan turut mengisyaratkan bahawa ruang pertimbangan institusi yang luas pada peringkat tafsiran, penyiasatan dan pendakwaan mengekalkan ketegangan normatif antara hak bersuara dengan keharmonian sosial serta membuka ruang kepada naratif pendakwaan terpilih dan risiko chilling effect. Kesimpulannya, penguatkuasaan isu 3R selari dengan kecenderungan konservatif birokratik yang mengutamakan kestabilan namun pelaksanaannya memerlukan garis panduan yang lebih jelas, ketelusan alasan tindakan dan mekanisme semakan yang lebih meyakinkan. Kata kunci: Isu 3R; Kebebasan Bersuara; Keharmonian Sosial; Mekanisme Penguatkuasaan; Konservatif Birokratik. ABSTRACT Sensitive issues relating to race, religion and royalty (3R) continue to generate a dilemma between freedom of speech and the need to preserve social harmony in Malaysia. Although the legal framework governing 3R issues has been widely discussed, limited attention has been given to the specific role of enforcement institutions, particularly Royal Malaysia Police (PDRM) and Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) in balancing these competing demands. Accordingly, this study aims to describe the enforcement mechanisms for 3R issues employed by PDRM and MCMC following the formation of the Unity Government and to examine the tension between freedom of speech and social harmony in their implementation. This study adopts a qualitative approach through content analysis of official documents, legal provisions, institutional statements, media reports and selected enforcement cases in both physical and digital spaces. The findings show that the enforcement of 3R issues is carried out through a combination of preventive measures and coordinated governance including inter-agency and platform cooperation, continuous monitoring, content takedowns and legal action. Besides, the findings suggest that the broad discretionary space available to institutions at the stages of interpretation, investigation, and prosecution sustains normative tensions between freedom of speech and social harmony while also creating room for narratives of selective prosecution and the risk of a chilling effect. In conclusion, the enforcement of 3R issues reflects a bureaucratic conservative tendency that prioritises stability. However, its implementation requires clearer guidelines, greater transparency in enforcement rationales and more credible review mechanisms. Keywords: 3R Issues; Freedom of Speech; Social Harmony; Enforcement Mechanisms; Bureaucratic Conservative.
Zitieren
APA
Zakaria, M. A. W., Abadi, A. M., & Ismail, M. T. (2026). Penguatkuasaan Isu 3R di Malaysia Pasca Pembentukan Kerajaan Perpaduan: Analisis Peranan PDRM dan SKMM dalam Mengimbangi Hak Bersuara dan Keharmonian Sosial. Jurnal Wacana Sarjana. https://doi.org/10.17576/jws.v10i2.728
Vancouver
Zakaria MAW, Abadi AM, Ismail MT. Penguatkuasaan Isu 3R di Malaysia Pasca Pembentukan Kerajaan Perpaduan: Analisis Peranan PDRM dan SKMM dalam Mengimbangi Hak Bersuara dan Keharmonian Sosial. Jurnal Wacana Sarjana. 2026. doi:10.17576/jws.v10i2.728
BibTeX
@article{Zakaria2026,
author = {Zakaria, Muhammad Asyraf Wajdi and Abadi, Abdul Muein and Ismail, Muhamad Takiyuddin},
title = {Penguatkuasaan Isu 3R di Malaysia Pasca Pembentukan Kerajaan Perpaduan: Analisis Peranan PDRM dan SKMM dalam Mengimbangi Hak Bersuara dan Keharmonian Sosial},
journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
year = {2026},
doi = {10.17576/jws.v10i2.728}
}
EUVIMED