EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Analisis Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Projek Penyelenggaraan Bangunan Di Kolej Komuniti Temerloh

Amiera Saryati Sadun, Rozallienny Zainal

Jurnal Wacana Sarjana · 2026

DOI: 10.17576/jws.v10i2.727 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, 2026. Verfasst von Amiera Saryati Sadun und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam Kursus Projek Penyelenggaraan Bangunan yang ditawarkan dalam Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan di Kolej Komuniti Temerloh. Kajian ini bersifat persepsi dengan tujuan meneliti tahap kefahaman pelajar, keberkesanan bimbingan pensyarah, kesesuaian kemudahan, serta pencapaian kemahiran sepanjang pelaksanaan projek. Seramai 39 orang pelajar terlibat melalui soal selidik yang merangkumi empat komponen utama: pelaksanaan projek, kemudahan dan bahan rujukan, penulisan kertas cadangan dan laporan, serta kemahiran pembentangan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar berpuas hati dengan penetapan kumpulan, penyeliaan projek, taklimat awal semester, tempoh masa projek, dan akses kepada bahan rujukan. Pelajar juga menunjukkan peningkatan dalam keupayaan menghurai idea secara kritis, mengaplikasikan kemahiran menulis, menyelesaikan masalah teknikal, dan membentangkan hasil projek dengan lebih yakin. Walau bagaimanapun, beberapa aspek memerlukan penambahbaikan seperti penyediaan bahan dan peralatan tertentu serta pengurusan masa projek. Secara keseluruhannya, kursus ini didapati berkesan dalam membantu pelajar menguasai kemahiran teknikal dan komunikasi yang diperlukan dalam bidang penyelenggaraan bangunan, di samping menyokong pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek yang relevan dengan keperluan industri. Kata kunci: projek penyelenggaraan bangunan, PdP berasaskan projek, kemahiran pelajar, persepsi pengajaran, penyeliaan projek ABSTRACT This study was conducted to evaluate the effectiveness of teaching and learning in the Building Maintenance Project Course offered under the Building Maintenance Certificate Program at Kolej Komuniti Temerloh. This study aims perceptions to examine students’ level of understanding, the effectiveness of lecturers’ guidance, the suitability of facilities, and the skills acquired throughout the project implementation. A total of 39 students participated through a questionnaire covering four main components: project implementation, facilities and reference materials, proposal and report writing, and presentation skills. The findings show that the majority of students were satisfied with group formation, project supervision, initial semester briefings, project duration, and access to reference materials. Students also demonstrated improvements in critical idea development, writing skills application, technical problem-solving, and confidence in presenting project outcomes. However, several aspects require enhancement, such as the provision of certain materials and equipment, as well as project time management. Overall, the course was found to be effective in helping students master the technical and communication skills needed in the field of building maintenance, while supporting the implementation of project-based learning relevant to current industry needs. Keywords: building maintenance project, project-based teaching and learning, student skills, perception, teaching, project supervision

Zitieren

APA

Sadun, A. S., & Zainal, R. (2026). Analisis Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Projek Penyelenggaraan Bangunan Di Kolej Komuniti Temerloh. Jurnal Wacana Sarjana. https://doi.org/10.17576/jws.v10i2.727

Vancouver

Sadun AS, Zainal R. Analisis Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Projek Penyelenggaraan Bangunan Di Kolej Komuniti Temerloh. Jurnal Wacana Sarjana. 2026. doi:10.17576/jws.v10i2.727

BibTeX
@article{Sadun2026,
  author = {Sadun, Amiera Saryati and Zainal, Rozallienny},
  title = {Analisis Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Projek Penyelenggaraan Bangunan Di Kolej Komuniti Temerloh},
  journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
  year = {2026},
  doi = {10.17576/jws.v10i2.727}
}
Kostenlos starten →