EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Kritikan Sosial dalam Drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Ahmad Zaki Rahman, Nur Afifah Vanitha Abdullah

Jurnal Wacana Sarjana · 2026

DOI: 10.17576/jws.v10i2.726 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, 2026. Verfasst von Ahmad Zaki Rahman und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

ABSTRAK Drama Suamiku Lelaki Pendosa adalah drama televisyen yang diarahkan oleh Eyra Rahman pada tahun 2022. Drama ini mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan Dean Ilyas, pengamal gaya hidup songsang dalam usahanya untuk pulang ke pangkal jalan yang penuh dengan cabaran daripada masyarakat di sekitarnya. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab persoalan, apakah kritikan kemasyarakatan yang hendak disampaikan oleh pengarah dalam drama Drama Suamiku Lelaki Pendosa? Makalah ini menggunakan teori Sosiologi Sastera bagi meneliti kritikan masyarakat dalam drama tersebut. Makalah ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dengan meneliti hasil kajian-kajian yang lepas dalam mencekapkan lagi kajian ini. Kaedah analisis kandungan juga turut dijalankan dengan menonton drama tersebut di aplikasi Bili-Bili. Kajian ini dapat menyimpulkan cerminan yang terkandung dalam drama ini dilihat sebagai sebuah kritikan terhadap masyarakat. Kritikan yang telah disenaraikan di dalam kajian ini adalah kritikan terhadap masyarakat yang suka menghukum, masyarakat yang tamak, masyarakat yang suka bersangka buruk dan masyarakat yang dengki Kritikan- kritikan ini telah ditujukan kepada beberapa golongan dalam masyarakat seperti sikap masyarakat yang suka menghukum sesama ahli masyarakat dan juga sikap suka menghukum sesama ahli keluarga. Kritikan- kritikan ini juga turut dibahagikan kepada dua jenis lain seperti dari segi sosial dan juga ekonomi mengikut keberadaan situasi. Kata Kunci: drama televisyen, Eyra Rahman, kritikan filem, Suamiku Lelaki Pendosa, Sosiologi Sastera ABSTRACT The drama Suamiku Lelaki Pendosa is a television drama directed by Eyra Rahman in 2022. This drama tells the story of Dean Ilyas, a man who practices a deviant lifestyle, as he struggles to return to the right path while facing numerous challenges from the surrounding society. In relation to this, this study aims to answer the question: What social criticisms does the director seek to convey in Suamiku Lelaki Pendosa? This paper employs the Literary Sociology theory to examine societal critiques within the drama. A qualitative approach is used, specifically a literature review method, by analyzing past studies to strengthen this research. Content analysis was also conducted by watching the drama on the Bili-Bili application. This study concludes that the reflections presented in this drama serve as a critique of society. The criticisms highlighted in this study include society’s tendency to be judgmental, greed, prejudice, and envy. These criticisms are directed at various social groups, including those who are quick to judge others within the community and even within their own families. Additionally, the critiques are categorized into two aspectssocial and economic depending on the context of the situation. Keywords : television drama, Eyra Rahman, film criticism, Suamiku Lelaki Pendosa, Sociology of Literature,

Zitieren

APA

Rahman, A. Z., & Abdullah, N. A. V. (2026). Kritikan Sosial dalam Drama Suamiku Lelaki Pendosa. Jurnal Wacana Sarjana. https://doi.org/10.17576/jws.v10i2.726

Vancouver

Rahman AZ, Abdullah NAV. Kritikan Sosial dalam Drama Suamiku Lelaki Pendosa. Jurnal Wacana Sarjana. 2026. doi:10.17576/jws.v10i2.726

BibTeX
@article{Rahman2026,
  author = {Rahman, Ahmad Zaki and Abdullah, Nur Afifah Vanitha},
  title = {Kritikan Sosial dalam Drama Suamiku Lelaki Pendosa},
  journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
  year = {2026},
  doi = {10.17576/jws.v10i2.726}
}
Kostenlos starten →