EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Strategi Ketidaksantunan Bahasa dalam Animasi Bersiri Kanak-Kanak Upin & Ipin Musim Ke-14

Aminnudin Saimon, Haura’ Faris, Nur Aqilah Husna Safuan, Nurain Syamila Mohd Zamri, Nurul Shazwani Zulkefli

LSP International Journal · 26.06.2024 · 11 (1) · 79-92

DOI: 10.11113/lspi.v11.21723 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift LSP International Journal, online erschienen am 26.06.2024. Verfasst von Aminnudin Saimon und 4 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kemunculan heterogen animasi bersiri semakin mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, terdapat sesetengah animasi bersiri yang menyasarkan golongan setahun jagung ini dikesan mempunyai ujaran dan perilaku ketidaksantunan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengkategorikan penggunaan strategi ketidaksantunan bahasa dalam animasi bersiri kanak-kanak, “Upin & Ipin” musim ke-14 dengan mengaplikasikan Teori Ketidaksantunan Culpeper (1996) dan seterusnya menganalisis penggunaan strategi ketidaksantunan tersebut. Kaedah yang digunakan dalam makalah ini ialah kaedah pemerhatian dan transkripsi dialog yang diujarkan oleh watak-watak dalam 15 buah episod animasi bersiri kanak-kanak "Upin & Ipin" musim ke-14. Data yang diperoleh diaplikasikan dalam bentuk jadual dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan teks, iaitu penggiliran dialog oleh watak yang terdapat dalam animasi tersebut. Dapatan kajian dikategorikan kepada lima strategi ketidaksantunan, iaitu ketidaksantunan secara langsung, ketidaksantunan positif, ketidaksantunan negatif, penggunaan sindiran dan menahan kesantunan. Dapatan kajian mendapati bahawa strategi ketidaksantunan negatif mencatatkan kekerapan paling tinggi, iaitu sebanyak 19 ujaran daripada 46 ujaran keseluruhan. Kekerapan strategi menahan kesantunan pula mencatatkan kekerapan terendah, iaitu sebanyak 2 ujaran. Kesimpulannya, animasi bersiri kanak-kanak juga tidak terlepas daripada penggunaan strategi ketidaksantunan bahasa ini. Penggunaan ujaran yang menzahirkan ketidaksantunan haruslah ditegah supaya tidak menjadi barah kepada generasi akan datang. Kata kunci: Ketidaksantunan, kanak-kanak, animasi, Culpeper (1996), ujaran The diverse appearance of animated serials is gaining traction among children. However, several serial animations target this set of children who have been indicated to have impolite speech and behaviour. As a result, the purpose of this study is to categorise and analyse the usage of language impoliteness strategies in the children's animated series "Upin & Ipin" season 14 using Impoliteness Theory by Culpeper (1996). This study employs observing and transcribing dialogues uttered by characters in 15 episodes of the children's animated series "Upin & Ipin" season 14. The data collected is applied in the form of a table and analysed using the text content analysis method, which is the rotation of the dialogue by the animated characters. The findings of the study are classified into five impoliteness strategies: bald on-record impoliteness, positive impoliteness, negative impoliteness, sarcasm or mock politeness, and withhold politeness. According to the study's findings, the negative impoliteness strategies had the highest frequency, with 19 utterances out of a total of 46 utterances. The frequency of the withhold politeness strategies was the lowest, at 2 utterances. In conclusion, children's animated series are not exempted from using this language impoliteness strategy. The use of impolite phrases should be avoided so that it does not become a disease for future generations. Keywords: Impoliteness, children, animations, Culpeper (1996), utterances

Zitieren

APA

Saimon, A., Faris, H., Safuan, N. A. H., Zamri, N. S. M., & Zulkefli, N. S. (2024). Strategi Ketidaksantunan Bahasa dalam Animasi Bersiri Kanak-Kanak Upin & Ipin Musim Ke-14. LSP International Journal, 11(1), 79-92. https://doi.org/10.11113/lspi.v11.21723

Vancouver

Saimon A, Faris H, Safuan NAH, Zamri NSM, Zulkefli NS. Strategi Ketidaksantunan Bahasa dalam Animasi Bersiri Kanak-Kanak Upin & Ipin Musim Ke-14. LSP International Journal. 2024;11(1):79-92. doi:10.11113/lspi.v11.21723

BibTeX
@article{Saimon2024,
  author = {Saimon, Aminnudin and Faris, Haura’ and Safuan, Nur Aqilah Husna and Zamri, Nurain Syamila Mohd and Zulkefli, Nurul Shazwani},
  title = {Strategi Ketidaksantunan Bahasa dalam Animasi Bersiri Kanak-Kanak Upin & Ipin Musim Ke-14},
  journal = {LSP International Journal},
  year = {2024},
  volume = {11},
  number = {1},
  pages = {79--92},
  doi = {10.11113/lspi.v11.21723}
}
Kostenlos starten →